Pages

Sunday, December 5, 2010

Penjelasan Tafsir Mimpi

Tafsir mimpi menurut Islam:
Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata:
Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya.
Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar
menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran
yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi
baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman
merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.
Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, "Wahai
Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh
baginda berada di rumahku." Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah
akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan
menyusukannya." Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan
disusukan oleh wanita tersebut.
Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang
mampu mentafsirkan kebenarannya. Semoga buku ini dapat membantu dalam
menjawab makna mimpi anda, insya Allah. Tambahan pula, mimpi diakui
adanya dalam syariat Islam. Sedangkan ilmu untuk mentakwilkan,
mentakbirkan atau mentafsirkannya diiktiraf oleh ramai ulama. Ramai
ulama yang ingin mendalami masalah takwil atau tafsir mimpi tetapi
tidak ramai yang mengetahuinya kerana susahnya. Al-Imam Ibnu Syahin,
dalam mukadimah kitabnya Al-Isyarat Fi Ilmi al-'Ibarat, berkata:
"Islam mencerca ilmu tenung kerana hanya Allah-lah yang mengetahui
masalah ilmu ghaib. Saya menghindari ilmu-ilmu seperti itu dan tidak
meminatinya, dan saya ingin membuat buku yang dapat mendedahkan
perkara-perkara ghaib yang sememangnya diakui oleh syarak, iaitu ilmu
takwil dan ta'bir mimpi."
Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi ada tiga macam:
1. Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah
bermimpi, dan ini
tidak memerlukan penafsiran.
2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak
dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang
bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi
itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang
makna atau takwil.
3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu
mutmainnah, nafsu
lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran
seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang
tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.

Mimpi-mimpi ngeri:
Jangan khuatir jika anda bermimpi ngeri. Mimpi-mimpi begitu biasanya
hanya membesar-besarkan situasi yang anda sedang alami atau sesuatu
kejadian yang akan berlaku. Mimpi ngeri biasanya mencerminkan sesuatu
yang ada kena-mengena dengan situasi di masa lampau/masa kini atau
bakal kejadian tersebut akan terjadi. Malah oleh kerana anda sudah
ditunjukkan adanya situasi/kejadian yang negatif tersebut dalam mimpi
anda maka kesannya tidak akan menjadi begitu kuat bagi anda. Sudah
tentu elemen kejutan itu akan lebih kurang. Jadi janganlah anda risau
jika mimpi ngeri anda itu sangat menakutkan.

No comments:

Post a Comment

Dilarang mengutip tanpa mencantumkan www.ilmudisaya.blogspot.com sebagai sumber artikel ini.
Mohon maaf bila ada kesalahan dalam penulisan atau isi dari artikel ini yang tidak berkenan.

Translate this page