Pages

Saturday, December 3, 2011

A - U Tambahan


A
ANGGOTA KELUARGA *menurut Islam:
Anggota Keluarga: Bermimpi mempunyai anak lelaki yang remaja bererti kemegahan dan
kekuatan bagi anda. Perempuan yang bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa
bererti satu kebaikan yang akan datang.
*menurut Barat:
Anggota Keluarga: Mimpi ini boleh baik atau buruk, tergantung pada hubungan anda dengan
keluarga. Bermimpi ayah bererti hal-hal berkaitan dengan kuasa, bermimpi ibu bermakna hal-hal
berkenaan dengan perlindungan/perlindungan lampau, bermimpi adik-beradik bererti saingan,
bermimpi datuk-nenek bererti kebijaksanaan, bermimpi anak anda melambangkan anda seperti
anak atau hal-hal berkaitan dengan zaman kanak-kanak anda.
AIR *menurut Barat:
Air: Air melambangkan emosi dan perasaan anda, di mimpi ia menggambarkan hidup dan
kelahiran. Menyeberang sebuah sungai bermakna perubahan, sungai kecil yang mengalir dengan
cepat menunjukkan emosi yang tidak dapat dikuasai, kolam terang menunjukkan permulaan baru,
air berlumpur atau pusaran air bererti masalah yang tidak diduga-duga.
ALLAH S.W.T :
Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Sesiapa yang melihat seolah-olah dia berdiri di hadapan Allah
S.W.T. dan Allah memandang kepadanya, maka mimpi itu merupakan mimpi rahmat jika
yang bermimpi itu orang salih. Tetapi kalau yang bermimpi itu bukan orang salih, maka itu
merupakan peringatan."
B
BERTELANJANG *menurut Islam:
Bertelanjang: Bermimpi kehilangan sebahagian pakaiannya atau barang-barang di rumah
bermakna akan hilang sebahagian hartanya. Bermimpi seolah-olah akan menanggalkan
kasut bermakna anda akan berpisah dengan isteri atau pembantu anda.
*menurut Barat:
Bertelanjang: Mimpi ini bererti keadaan yang memalukan ataupun anda berkhuatir membuat
kesalahan lalu didedahkan. Jika ditangkap oleh orang lain sebelum berpakaian sepenuhnya,
bermakna anda belum bersiap-siap sebagaimana mestinya.
BINATANG *menurut Islam:
Binatang: Bermimpi suara singa bererti takut kepada raja yang zalim, bermimpi suara kuda
bermakna anda akan mendapat pemberian dari lelaki yang mulia, bermimpi suara kulit ular bererti
menjauhkan diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk
mengalahkannya, bermimpi percakapan burung bermakna baik dan ialah satu petanda bahawa
orang yang bermimpi bertambah mulia, bermimpi suara kucing menunjukkan memalukan
pembantu yang pencuri.
*menurut Barat:
Binatang: Bermimpi singa bererti hal-hal berkenaan dengan keberanian, bermimpi kuda
menunjukkan hal-hal berkenaan dengan kuasa, bermimpi ular menunjukkan kesuburan, bermimpi
binatang liar yang berlaga bermakna pertengkaran di kalangan keluarga, percakapan burung
bermakna kebahagiaan, lebah berdengung-dengung bererti baik untuk perniagaan, kucing berwarna
hitam menandakan nasib baik.
BUAYA *menurut Barat:
Buaya: Anda akan ditipu oleh kawan anda. Musuh akan menyerang anda. Mimpi yang memberi
amaran.
D
DARAH *menurut Islam:
Darah: Darah yang keluar dari hidung, jika ia banyak cair, bermakna harta yang
berpanjangan. Jika ia kental, bermakna keguguran kandungan (anak). Jika dia lihat darah itu
mengotori pakaiannya bermakna dia akan mendapat harta yang tidak baik dan akan
melakukan dosa. Jika darah itu tidak mengotori pakaiannya bererti dia akan keluar dari
dosanya (terampun dosanya).
*menurut Barat:
Darah: Bermimpi pakaian yang berdarah, bererti musuh yang mencuba membinasakan kerjaya
anda yang bermula berjaya. Melihat darah yang mengeluar dari luka bermakna kebimbangan dan
penyakit, mahupun urusan niaga yang buruk dengan orang asing.
DIKEJAR *menurut Islam:
Dikejar: Bermimpi diikuti oleh orang pemuda bermakna anda akan berjumpa dengan musuh.
*menurut Barat:
Dikejar: Ini adalah mimpi kebimbingan, kadang-kadang mimpi ini ialah ketakutan benar bahawa
akan diserang atau digertak. Secara lambang, ia menunjukkan anda mencuba melepaskan diri dari
situasi yang susah ataupun anda tidak menghadapi hakikat.
G
GIGI *menurut Islam:
Gigi: adapun gigi maknanya adalah keluarga rumah tangga lelaki. Maka gigi sebelah atas
adalah keluarganya yang lelaki dan sebelah bawah keluarga yang perempuan.
Gigi yang goyang: jika sebahagian gigi goyang, menunjukkan ada yang akan berpenyakit. Gigi
yang jatuh dan hilang menunjukkan kematian atau hilang buat selama-lamanya.
*menurut Barat:
Gigi: hubungan tidak menyenangkan dengan penyakit atau orang yang membingungkan.
Gigi yang goyang: kegagalan dan khabar buruk.
Gigi yang hilang: kemalangan dengan tiba-tiba.
H
HAJI DAN UMRAH:
Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Sesiapa yang melihat dia pergi mengerjakan haji pada
musimnya, maka kalau dia belum haji akan dapat mengerjakan haji, kalau dia sedang sakit
akan sembuh, kalau dia mempunyai hutang akan dapat membayar hutangnya, kalau dia
sedang ketakutan dia akan merasa aman, kalau dia miskin akan menjadi kaya, kalau dia
musafir akan selamat, kalau dia telah digulingkan atau ditendang akan kembali mendapat
jawatan, kalau dia sesat akan mengetahui arah dan petunjuk dan kalau dia dalam kesusahan
akan mendapat kelapangan."
Orang yang melihat pergi mengerjakan haji tetapi sudah habis waktunya, maka kalau dia
seorang pemimpin akan digulingkan, kalau dia peniaga akan merugi, kalau dia musafir akan
terkandas di perjalanan, kalau dia sihat akan berpenyakit.
Orang yang melihat seolah-olah dia mengerjakan haji atau umrah bererti panjang umurnya
dan tetap pendiriannya. Orang yang bermimpi tawaf di Baitullah akan mendapat jawatan
yang mulia. Orang yang bermimpi tawaf di atas tunggangan bererti dia menyetubuhi wanita
yang sedang ihram.
J
JIN *menurut Islam:
Jin: Orang yang bermimpi bertukar menjadi jin bererti kuat tipu dayanya. Melihat sihir jin
dalam tidur menunjukkan tipu daya. Bermimpi melihat jin, pada asalnya mereka adalah
kelompak yang suka mengajak manusia berkhayal dan menipu manusia.
JATUH *menurut Barat:
Jatuh: Bererti kekurangan keselamatan, kekurangan yakin pada diri sendiri, ketakutan kegagalan,
ketidakbolehan menguasai situasi tertentu, atau hanya mempunyai punca jasmaniah: kejatuhan
mengejut tekanan darah.
K
KUCING *menurut Islam:
Kucing: mendengar suara kucing bererti memalukan pembantu yang mencuri.
*menurut Barat:
Kucing: nasib buruk jika anda tak berjaya menghalaunya atau membunuhnya
L
LABAH-LABAH *menurut Barat:
Labah-labah: Melihat labah-labah bermakna anda akan berhati-hati, bekerja dengan rajin
dan menemui sukses. Labah-labah yang besar bermakna sukses yang cepat.
Tapi kalau anda dikejar atau digigit labah-labah tersebut bermakna masalah atau kesukaran
dengan kejayaan tersebut.
M
MALAIKAT:
Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Melihat malaikat dalam tidur, jika malaikat itu yang dikenal
dan dalam keadaan bergembira, maka akan berlaku sesuatu bagi orang yang bermimpi.
Sesuatu yang dimaksudkan itu termasuklah kemegahan, kekuatan, berita menggembirakan,
mendapat pertolongan setelah dizalimi, sembuh, setelah berpenyakit, tenteram setelah
dalam ketakutan, kaya setelah miskin, bergembira setelah menderita, dapat menghajikan
kawannya atau dia syahid dalam peperangan."
MATI *menurut Islam:
Mati: Melihat mati dalam mimpi adalah penyesalan daripada perkara yang sangat besar. Melihat
seolah-olah anda mati, kemudian anda hidup lagi, bererti anda mempunyai dosa kemudian anda
bertaubat.
*menurut Barat:
Mati: Melihat seolah-olah anda mati bererti anda diancam oleh orang atau situasi yang sudah
membantu anda terlebih dahulu. Melihat mati dalam mimpi bererti nasib buruk dan dukacita bagi
anda dan kawan anda. Melihat seseorang mayat bermakna akhir situasi. Melihat kawan yang mati
boleh mengerti hanya anda akan meninggalkan dia.
MAYAT *menurut Islam:
Mayat: Sesiapa yang bermimpi melihat mayat seseorang (yang sudah mati), seolah-olah dia mati
lagi, lalu orang-orang menangisnya, yakni tidak sampai berteriak dan meratap, maka ini
menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya. Sesiapa yang bermimpi menjumpai mayat,
maka dia akan mendapat harta.
*menurut Barat:
Mayat: Kabar buruk perniagaan atau berkenaan dengan seorang yang tidak hadir.
MUHAMMAD S.A.W.:
Dari Sa'id bin Qais, dari ayahnya, katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: "Tidak masuk
neraka orang yang melihat aku dalam tidurnya."
P
PARA RASUL: lihat Para Rasul
Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Bermimpi melihat para nabi ada dua kemungkinan. Mungkin
merupakan khabar gembira dan mungkin juga suatu peringatan. Pertama melihat hal atau
keadaannya yang sebenar. Ini menunjukkan orang yang bermimpi itu baik, sempurna, mulia
dan menang dari musuh-musuhnya. Kedua, melihat nabi tidak seperti keadaannya yang
sebenar. Misalnya dia melihat nabi dalam keadaan cemberut atau masam mukanya. Ini
menunjukkan buruknya keadaan orang yang bermimpi itu dan bersangatan musibah yang
diterimanya tetapi akhirnya Allah melapangkannya. Kalau dia bermimpi melihat seolaholah
dia membunuh nabi, itu menunjukkan bahawa dia tidak menunaikan amanah
menyalahi janji."
S
SAHABAT DAN TABIIN:
Sesiapa yang melihat salah seorang dari mereka atau sekalian mereka dalam keadaan hidup,
maka melihat itu dikira kuat agamanya. Ini juga menunjukkan bahawa yang bermimpi itu
akan memperoleh ketinggian dan kemuliaan. Kalau ada orang yang melihat seolah-olah dia
termasuk sahabat atau tabiin, maka dia akan menghadapi kesusahan, tetapi akhirnya
mendapat kelapangan. Kalau selalu melihat mereka, maka akan lapang kehidupan.
SINGA *menurut Islam:
Suara singa: mendengar suara singa bererti takut kepada raja yang zalim.
*menurut Barat:
Singa: bermimpi singa bererti anda berkuasa besar, kalau anda menewaskan singa itu, anda akan
menang, kalau ditewaskan oleh singa, maka anda akan mudah dikecam oleh serangan musuh.
Suara singa: mendengar suara singa bererti kemajuan tidak di sangka-sangka dan populariti
dengan kaum wanita.
SYAITAN *menurut Islam:
Syaitan: Sesiapa yang bermimpi diganggu syaitan bererti musuhnya menuduh isterinya berzina
atau mengganggunya. Kata satu pendapat mimpi seperti itu menunjukkan orang yang bermimpi
akan lepas daripada kesusahannya atau sembuh dari penyakit.
T
TABIIN:
melihat SAHABAT DAN TABIIN
TERBANG *menurut Barat:
Terbang: Bermakna kejayaan, pencapaian dan prestasi. Menggambarkan harapan, hasrat dan citacita
anda.
TERPERANGKAP *menurut Barat:
Terperangkap: Mimpi ini mengucapkan kehampaan dan kekecewaan anda dan kehilangan kuasa.
Terperangkap di terowong atau tempat gelap lain bermakna anda kekurangan maklumat yang
sangat penting, jika anda melihat jalan keluar atau sinaran, maka masalah anda akan dipecahkan.
U
ULAR menurut Islam:
Mendengar Bunyi Kulit Ular: bermakna menjauhkan diri dari musuh yang
menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk mengalahkannya. Jika bermimpi dibelit
dan dipatuk ular alamatnya akan beristeri dan jika perempuan akan lekas bersuami.
*menurut Barat:
Ular: Bermimpi ular bermakna kejahatan aneka ragam. Kalau anda membunuh ular, anda akan
mengalahkan musuh anda. Cara bagaimana anda memegang ular menunjukkan bagaimana anda
boleh menangani musuh anda. Kalau anda menginjak ular, anda akan menakutkan penyakit, dan
menakutkan seorang (atau sesuatu) lain yang mencoba memikat pasangan anda.
Terpijak ular: Terpijak ular bermakna seseorang melawan anda atau mengkritikkan anda.
Banyak ular kecil: Ular kecil melambangkan kawan yang rupanya ramah tamah tetapi sebenarnya
tidak berbaik-baik / mendapat tahu perkara atau rahsia yang sangat buruk.

No comments:

Post a Comment

Dilarang mengutip tanpa mencantumkan www.ilmudisaya.blogspot.com sebagai sumber artikel ini.
Mohon maaf bila ada kesalahan dalam penulisan atau isi dari artikel ini yang tidak berkenan.

Translate this page